Pages

Subscribe:

Ads 468x60px



"A
ku juga punya hati. Tapi hati itu aku sorokkan di satu sudut jauh dalam jasad ini supaya mereka tidak menyedari akan kewujudannya."-SarahDanielle-

23 March, 2012

Rezeki Itu Milik Allah

Ya..rezeki itu milik Allah. Jangan lah bangga dengan kekayaan dan kemewahan yang dimiliki di dunia kerana semua itu akan hilang sekelip mata dengan kehendak-Nya. Dan jangan pula kau mengeluh atas kekurangan dan kesempitan hidup di dunia, tetapi teruslah berusaha untuk mencari rezeki yang halal, insyaallah dengan keredhaan-Nya, kau akan dilimpahi kesenangan. Aku juga pernah merasakan hidup dalam kesusahan. Aku bukan lah dilahirkan dan dibesarkan di dalam keluarga yang kaya. Hanya boleh dikatakan sederhana. Makan cukup, tempat tinggal selesa, pakaian pun cukup... Tapi mungkin kerana kami banyak membazir dan tidak bersyukur atas rahmat yang diberi dahulu, maka Allah tarik kesenangan itu dengan sekelip mata. Sekelip mata sahaja kami seolah-olah hilang segala-galanya. Abah disahkan menghidap kanser. Beberapa bahagian tubuh nya gagal berfungsi dengan baik, abah lumpuh separuh badan. Sejak daripada itu, mama lah yang mengambil alih perniagaan abah untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga. Perniagaan abah bukan lah perniagaan yang besar-besar, cuma tender kantin yang tempohnya hanya 2 tahun sahaja. Walaupun hidup kami susah, mama masih mampu beri kami makan, tak pernah kami kelaparan kerana tak cukup makan. Tapi kehendak Allah, tender kantin tamat tempoh. Mama tiada pekerjaan. Ketika itu umur aku baru 12 tahun. Susah untuk aku gambarkan kehidupan kami masa itu, mengharapkan bantuan daripada saudara mara teramat perit rasanya. Masa berlalu.... sehinggalah aku berusia 14 tahun, aku kehilangan abah untuk selama-lamanya. Kesakitan yang aku tanggung seolah bertimpa-timpa tanpa henti, semakin hari semakin parah. Namun alhamdulillah, atas kehendak-Nya juga, rezeki datang melimpah ruah buat kami sekeluarga. Mama kini bekerja semula. pendapatan mama mampu menanggung hidup kami sekeluarga, segalanya sekarang lebih daripada cukup. 2 minggu yang lepas, hari jadi abang, mama belikan basikal baru untuk abang. Masih aku ingat kali pertama aku mencuba basikal itu, tanda harganya masih terlekat di situ . Basikal yang tidak lah semahal mana, cuma RM 370, namun aku teramat bersyukur bila terkenangkan kegembiraan aku dulu sewaktu arwah abah menghadiahkan aku basikal terpakai yang berharga cuma RM20. Sebak. Sekalipun tak pernah aku lupa detik-detik kesusahan yang pernah aku lalui sewaktu masa dahulu.. dan akan aku sentiasa ingat segala kesenangan hidup yang aku nikmati sekarang bukan lah milik aku selamanya. Ianya milik Allah...

2 comments:

Post a Comment