Pages

Subscribe:

Ads 468x60px



"A
ku juga punya hati. Tapi hati itu aku sorokkan di satu sudut jauh dalam jasad ini supaya mereka tidak menyedari akan kewujudannya."-SarahDanielle-

29 March, 2012

7 Petala Cinta

Dah nak dekat seminggu baru Sara ingat nak post tentang movie terbaru ni, rasanya ramai yang dah tengok 7 Petala Cinta ni kan? :) Sara bukan jenis yang suka tengok movie cuma kebelakangan ni entah kenapa teringin nak tengok cerita2 bergenre islamic dan romantik ni. Alhamdulillah tak sia-sia kawan Sara belanja haritu , seronok jugak lah ceritanya, sedih cuma Sara tak dapat nak menghayati coz Sara pun masuk lambat... ni Sara post kan OST cerita ni, best lagu dia <3 yang belum tengok tu cepat2 lah pergi tengok or beli DVD ye :) tak rugi ...best...

23 March, 2012

Rezeki Itu Milik Allah

Ya..rezeki itu milik Allah. Jangan lah bangga dengan kekayaan dan kemewahan yang dimiliki di dunia kerana semua itu akan hilang sekelip mata dengan kehendak-Nya. Dan jangan pula kau mengeluh atas kekurangan dan kesempitan hidup di dunia, tetapi teruslah berusaha untuk mencari rezeki yang halal, insyaallah dengan keredhaan-Nya, kau akan dilimpahi kesenangan. Aku juga pernah merasakan hidup dalam kesusahan. Aku bukan lah dilahirkan dan dibesarkan di dalam keluarga yang kaya. Hanya boleh dikatakan sederhana. Makan cukup, tempat tinggal selesa, pakaian pun cukup... Tapi mungkin kerana kami banyak membazir dan tidak bersyukur atas rahmat yang diberi dahulu, maka Allah tarik kesenangan itu dengan sekelip mata. Sekelip mata sahaja kami seolah-olah hilang segala-galanya. Abah disahkan menghidap kanser. Beberapa bahagian tubuh nya gagal berfungsi dengan baik, abah lumpuh separuh badan. Sejak daripada itu, mama lah yang mengambil alih perniagaan abah untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga. Perniagaan abah bukan lah perniagaan yang besar-besar, cuma tender kantin yang tempohnya hanya 2 tahun sahaja. Walaupun hidup kami susah, mama masih mampu beri kami makan, tak pernah kami kelaparan kerana tak cukup makan. Tapi kehendak Allah, tender kantin tamat tempoh. Mama tiada pekerjaan. Ketika itu umur aku baru 12 tahun. Susah untuk aku gambarkan kehidupan kami masa itu, mengharapkan bantuan daripada saudara mara teramat perit rasanya. Masa berlalu.... sehinggalah aku berusia 14 tahun, aku kehilangan abah untuk selama-lamanya. Kesakitan yang aku tanggung seolah bertimpa-timpa tanpa henti, semakin hari semakin parah. Namun alhamdulillah, atas kehendak-Nya juga, rezeki datang melimpah ruah buat kami sekeluarga. Mama kini bekerja semula. pendapatan mama mampu menanggung hidup kami sekeluarga, segalanya sekarang lebih daripada cukup. 2 minggu yang lepas, hari jadi abang, mama belikan basikal baru untuk abang. Masih aku ingat kali pertama aku mencuba basikal itu, tanda harganya masih terlekat di situ . Basikal yang tidak lah semahal mana, cuma RM 370, namun aku teramat bersyukur bila terkenangkan kegembiraan aku dulu sewaktu arwah abah menghadiahkan aku basikal terpakai yang berharga cuma RM20. Sebak. Sekalipun tak pernah aku lupa detik-detik kesusahan yang pernah aku lalui sewaktu masa dahulu.. dan akan aku sentiasa ingat segala kesenangan hidup yang aku nikmati sekarang bukan lah milik aku selamanya. Ianya milik Allah...

21 March, 2012

Nightmare :\


Astaghfirullahalazim…. 
Mimpi ngeri… terlalu ngeri .. aku baru saja terjaga.. 
saat itu entah bagai mana aku nak ungkapkan betapa aku bersyukur ianya hanya sekadar mimpi.. 
mungkin ada hikmahnya. Dan mungkin juga hanya mainan syaitan. 
Aku terkedu. 
Dia mati depan mata aku. Dia mati atas tangan aku sendiri. 
Ya memanglah selama ini aku menyimpan dendam yg terlalu dlm padanya. 
Tp bila melihat aku sendiri yang membunuhnya seolah2 aku hilang separuh daripada hidup aku,. 
Jiwa aku kosong. 
Payah nak diterangkan.  Aku tak sanggup, tak rela…  
atau mungkinkah kerana rasa sayang masih lg berbekas dalam sudut hati ini? 
Hanya Tuhan yg tahu....

19 March, 2012

I'm Sorry






Pencil: I'm sorry....
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)




I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

17 March, 2012

Every capture has its own story.

i really love this picture. <3 really2 love it.. thanks soo much to my photographer fizzo fiz :) 

13 March, 2012

13 March 2012

broken leg can be fixed. but broken heart?. it can't be used anymore. i've been counting the days goes by.... 2 years,. still not enough to cure everything. ruthless! i don't know how to tell how much this heart have grown to hate him. very very much. much more than what he expected. i'd been such a failure to fall over him once before, even i already knew he's not good enough for me. what's wrong with me? how can i be so stupid? how can i be such a fool to trust the lies? urghhhh ~