Pages

Subscribe:

Ads 468x60px



"A
ku juga punya hati. Tapi hati itu aku sorokkan di satu sudut jauh dalam jasad ini supaya mereka tidak menyedari akan kewujudannya."-SarahDanielle-

12 November, 2011

Naluri...

Kehilangan seorang insan bergelar ayah benar-benar memberi kesan dalam hidup aku.. perginya abah menghadap illahi bermakna hilang lah satu2 nya lelaki yang selama ini menjadi pelindung dan peneman dikala aku memerlukan. Tanpa abah, segala2 nya terpaksalah aku tanggung sendiri., , Alhamdulillah pengalaman itulah yang telah mendewasakan aku. Walaupun kadang kala masih ada perasaan terkilan kerana abah pergi meninggalkan kami terlalu awal…  2 tahun berlalu, aku hidup tanpa pimpinan tangan seorang ayah. Terlalu berat dugaan itu untuk aku coretkan.. 

Andai nak dihitung, bisa tak terhitung banyaknya dosa yang telah aku lakukan di muka bumi ini. Ramai yang telah aku khianati, ramai yang telah aku sakiti, bukan seorang dua, tapi ramai… bila diri ini mula dibenci baru mula rasa kesal, baru sedar kesalahan diri…  dikala aku tersadung jatuh, sendirian lah aku mengumpul sekuat tenaga untuk bangkit kembali, namun Alhamdulillah, masih ada tangan murni yang yang setia menghulur… masih ada wajah yang ikhlas membantu,. “Mama”… insan itu masih setia disisi… bukankah dia dahulu yang aku khianati…? benar lah kata-kata itu, “ibu mana yang tak sayangkan anak”…  betapa besarnya kasih mama pada aku,.. kadang kala aku menangis sendirian memikirkan betapa kejamnya diri ini... di mana hilangnya perikemanusiaan aku waktu itu?

Demi Allah, aku terlalu menyesali perbuatan aku sebelum ini…

Hari berganti hari… usia aku meningkat dewasa.. hari ini tanggal 12 nov,.. duabulan saja lagi tahun 2011 akan menutup tirainya..  berakhirlah tahun dimana terkandungnya 1001 peristiwa hitam yang berlaku di dalam hidup aku.. namun, aku bersyukur kehadrat illahi…kerana telah memperlihatkan aku dugaan dan onak duri kehidupan sepanjang tahun ini… dengan izin tuhan aku masih bernafas hingga ke saat ini, duduk disamping keluarga tersayang dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dan kakak sebaik mungkin.. tak dapat aku gambarkan bagaimana rasanya hati ini bila diberi peluang berada di samping mama dan adik2, melihat mama meningkat usianya dan adik2 yang baru mula meningkat usia remaja…subahanallah, tersentuh naluri hati ini… 

0 comments:

Post a Comment